suria

JDT Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

PETALING JAYA: Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan bola sepak pertama dari selatan tanah air menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

IBR yang dipelopori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertujuan menzahirkan komitmen untuk memastikan sukan bola sepak negara bebas daripada anasir jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, usaha ini secara tidak langsung dapat mengelak berlakunya isu-isu rasuah dan mengatur perlawanan dalam arena bola sepak tanah air, sekali gus memastikan ia berjalan dengan baik.

"Menerusi kerjasama ini, semua pihak sudah mempunyai tempat rujukan sekiranya rasuah dan mengatur perlawanan berlaku dalam arena bola speak tanah air selepas ini," katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Seramai 41 pemain termasuk kelab bola sepak JDT melafazkan ikrar, diketuai pemain JDT Safiq Rahim.

Majlis berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru, disaksikan Shamshun Baharin.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Johor Datuk Ismail Karim, Naib Presiden I, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias.

Ismail berkata kerajasama dengan SPRM ini adalah bagi memenuhi hasrat dan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya kelab ini mempunyai integriti tinggi dan bebas gejala rasuah.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan pasukan bola sepak Selangor turut menandatangani dan melafazkan IBR.

JDT, SPRM, IBR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain