suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri Dengan Swansea, Mourinho Salahkan Jadual Padat

Jose MOurinho. -fotoREUTERS

MANCHESTER United terpaksa berkongsi mata dengan Swansea City selepas mencatat keputusan seri 1-1 di Old Trafford.

Dalam perlawanan pada Ahad, United dilihat buntu pada babak pertama, namun sebelum wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan, pasukan ini berjaya mengubah kedudukan menjadi 1-0 selepas Wayne Rooney menyumbat masuk penalti.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Jose Mourinho itu gagal memanfaatkan keunggulan tersebut dan peluang bermain di tempat sendiri.

Pada minit ke-79 gawang mereka dibolosi oleh tendangan Gylfi Sigurdsson, menyebabkan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

"Ini adalah hari yang buruk kerana kami kehilangan mata. Kami tidak nampak penat dan kehabisan tenaga, tapi kami sebenarnya memang keletihan," kata Mourinho, memetik BBC Sports.

"Anda tak boleh memisahkan persembahan kami dari konteks. Ini adalah pertandingan kami yang kesembilan pada bulan April, ini 'bukan manusia'," katanya.

United berdepan dengan jadual yang padat sepanjang bulan Apri.

Selain tampil di Liga Perdana Inggeris, merka juga masih meneruskan saingan dalam Liga Europa.

JOse Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain