suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Umur' Musuh Utama Rossi

Valentino Rossi

RAMAI yang menganggap musuh ketat Valentino Rossi di MotoGP 2017 adalah Marc Marquez dan Maverick Vinales.

Tetapi, sebelum melepasi dua pelumba muda itu, dia perlu menewaskan musuhnya yang sebenar iaitu 'usia'!

Rossi setakat ini hanya mampu menduduki posisi ke-12 senarai pelumba terpantas dalam ujian terakhir di Litar Phillip Island, Australia, 15-17 Februari lalu.

Pengurus pasukan Movistar Yamaha Massimo Meregalli mendakwa pelumba dari Itali ini berdepan cabaran dari segi fizikal dirinya.

"Banyak yang dilakukan Rossi untuk memperbaiki prestasinya pada masa depan dan akhirnya dia menyerah, dia mula berfikir tentang usianya," kata Meregalli.

Pada usia 38 tahun, Rossi menjadi pelumba tertua di MotoGP musim ini manakala Marquez dan Vinales yang dilihat menjadi pesaing utama Rossi, masing-masing hanya berusia 24 dan 22 tahun.

Secara mental Rossi tidak memiliki masalah. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam motoGP, kekuatan mentalnya tidak perlu dipertikaikan.

Ketika ujian di Phillip Island, Rossi hanya menamatkan 122 pusingan sepanjang tiga hari ujian, jauh ketinggalan berbanding Marquez yang menamatkan 203 pusingan dan Vinales yang membuat 181 pusingan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain