Payet Mahu Berlakon Cedera Jika Dipaksa Bermain - Sukan | mStar

Payet Mahu Berlakon Cedera Jika Dipaksa Bermain

BINTANG West Ham, Dimitri Payet mencetuskan kontroversi terbaharu apabila mengugut untuk 'berlakon' mengalami kecederaan sekiranya dia dipaksa bermain pada Sabtu.

Payet yang sebelum ini memaklumkan hasratnya untuk berhijrah ke kelab lain, enggan beraksi buat pasukannya itu selepas permohonannya berpindah ditolak.

Namun menurut sumber yang rapat dengan pemain kelahiran Perancis itu, Payet sudah memberitahu kelabnya bahawa dia tidak akan berlatih atau bermain untuk The Hammers.

"Malah dia mengugut untuk berpura-pura cedera jika disuruh bermain," kata sumber tersebut.

Pengurus West Ham, Slaven Bilic kemudiannya meminta Payet untuk menarik semula permohonan untuk berpindah tetapi pemain berusia 29 tahun itu enggan berbuat demikian.

Ekoran itu, Bilic tidak mempunyai pilihan selain menjual Payet sekiranya tawaran bertepatan dengan harga yang diminta oleh West Ham.

"Berita ini membuatkan saya berasa sedih dan marah. Payet tidak mahu beraksi lagi untuk kelab dan saya perlu menempuh perlawanan pada Sabtu tanpa khidmatnya.

"Dia tidak akan berlatih bersama ahli pasukan lain dan buat masa ini, kelab mengambil pendirian bahawa Payet bukan untuk dijual," katanya.

West Ham kini menduduki tangga ke-13 liga dan akan berdepan Crystal Palace di laman sendiri pada Sabtu malam.

Chelsea merupakan antara kelab berpontesi yang mahu mendapatkan khidmat Payet sekiranya pemain itu dijual.

Selain itu, kelab Perancis, Marseille juga dikaitkan dengan perpindahan Payet.

Dimitri Payet , West Ham

Artikel Sebelum

JDT Sudah Bersedia - Gomez

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Henti siasat empat suspek MH17