KFA Perlu RM27 Juta Tahun Ini - Ahmad Bashah - Sukan | mStar

KFA Perlu RM27 Juta Tahun Ini - Ahmad Bashah

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah.

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan sebanyak RM27 juta bagi membiayai operasi persatuan itu tahun ini, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah berkata, perbelanjaan itu meliputi keseluruhan operasi yang melibatkan pasukan utama bola sepak negeri, antaranya Piala Belia, Piala Presiden dan Piala Liga Super 2017, selain bagi tujuan pembangunan dan latihan.

"Bagaimanapun ianya hanya bajet awal, kita akan kawal perbelanjaan secara berhemat dan pastikan perbelanjaan kita di bawah RM27 juta," katanya pada majlis memperkenalkan penaja dan pasukan KFA 2017 di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah turut mengalu-alukan syarikat swasta untuk tampil menjadi penyumbang kepada KFA bagi memastikan kecemerlangan prestasi Juara Piala Malaysia 2016 itu dapat dikekalkan. 

Setakat ini katanya, syarikat berkaitan kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) merupakan antara penyumbang terbesar pasukan itu iaitu masing-masing RM12 juta dan RM3 juta, selain Syarikat Air Darulaman Sdn Berhad yang menyumbang RM2 juta. 

Dalam pada itu, KFA katanya, telah melengkapkan kuota empat pemain import apabila sah mengikat Zachary Anderson dari Australia yang akan bermain di bahagian pertahanan dan Ken Larsen dari Denmark sebagai penyerang bagi menghadapi Liga Super 2017. 

Dua lagi pemain import lama, Sandro Da Silva dari Brazil dan Liridon Krasniqi dari Kosovo dikekalkan. 

Ahmad Bashah berkata, Kedah berhasrat mengekalkan gelaran juara Piala Malaysia yang disandang tahun lalu dan berharap agar kesemua pemain bermain bersungguh-sungguh dan tidak leka dengan kemenangan yang dicapai ketika ini.

Dalam majlis itu, Kedah memperkenalkan 26 pemain skuad Liga Super 2017, termasuk dua pemain tempatan baru iaitu Mohd Fitri Omar dari Pulau Pinang dan Muhamad Akram Mahinan yang bermain dengan JDT sebelum ini. 

KFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Keputusan Liga Perdana 2017

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain