suria

KBS Bawa Semula Isu Boikot Myanmar Kerana Kekejaman Terbaru

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membincangkan semula gesaan bagi skuad Harimau Malaysia memboikot perlawanan menentang Myanmar pada Sabtu ini dalam mesyuarat Kabinet kerana terdapat kekejaman terbaru terhadap masyarakat Rohingya di Rakhine.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, gesaan itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat minggu lalu namun akan dibawa untuk kali kedua kerana terdapat laporan terkini mengenai serangan terhadap umat Islam di negara berkenaan.

"Saya telah bangkitkan isu ini pada mesyuarat Kabinet minggu lalu. Tetapi berdasarkan laporan terkini, kononnya terdapat serangan terbaru, jadi kita akan bincang semula.

"Perkara ini perlu dibincangkan lebih lanjut dan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Luar Negeri dan pihak-pihak lain.

"Ini bukan nak campur aduk politik dengan sukan tetapi ia satu isu kemanusiaan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.

Mohd Asri berkata gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.
Skuad Harimau Malaysia akan menentang Myanmar dalam perlawanan ketiga Kumpulan B, Piala AFF Suzuki pada Sabtu ini.
Skuad Harimau Malaysia akan menentang Myanmar dalam perlawanan ketiga Kumpulan B, Piala AFF Suzuki pada Sabtu ini.
Skuad Harimau Malaysia akan menentang Myanmar dalam perlawanan ketiga Kumpulan B, Piala AFF Suzuki pada Sabtu ini.
Myanmar, Rohingya, Islam

Artikel Lain