suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Schmeichel Jalani Pembedahan Tangan

Kasper Schmeichel.

PENJAGA gol Leicester, Kasper Schmeichel terpaksa menjalani pembedahan di bahagian tulang tangannya yang patah semasa bertemu FC Copenhagen pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Pengurus Leicester, Claudio Ranieri berkata kecederaan itu diperolehi pada babak pertama semasa terikat tanpa jaringan di Denmark.

Namun Schmeichel berupaya meneruskan perlawanan itu apabila melakukan penyelamatan pada saat genting dengan menafikan percubaan berbahaya, Andreas Cornelius.

Schmeichel, 29, bertemu doktor pakar sebaik sahaja Leicester kembali ke England pada Khamis.

Dia menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya pada petang hari yang sama.

Diagnosis awal menunjukkan Schmeichel terpaksa diketepikan selama empat hingga enam minggu.

Namun Ranieri enggan memberikan anggaran masa penjaga gol itu terpaksa direhatkan.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain