suria

Toure Mohon Maaf Kepada Guardiola, City

YAYA Toure memohon maaf secara terbuka kepada Manchester City dan pengurusnya, Pep Guardiola susulan persengketaan yang menyebabkan dia digugurkan dari skuad utama pasukan itu.

Guardiola memberitahu Toure bahawa beliau hanya akan mempertimbangkannya dalam kesebelasan utama City sehingga menerima permohonan maaf daripada ejennya, Dimitri Seluk.

Persengketaan antara Seluk dan Guardiola bermula apabila ejen tersebut mengecam tindakan pengurus baharu itu tidak menyenaraikan Toure dalam skuad Liga Juara-Juara pada September lalu.

Lima hari lalu, Seluk berkata tindakan Guardiola meminggirkan Toure disifatkan sebagai satu balas dendam yang bersifat peribadi dan tidak profesional.

"Saya fikir rancangan itu memalukanToure  dan semua pemain lain yang melakar sejarah untuk Manchester City dalam tempoh enam tahun lalu," kata Seluk.

Demi menyelamatkan kariernya bersama City, Toure kini memohon maaf kepada Guardiola bagi pihak dirinya dan Seluk.

"Saya ingin memohon maaf bagi pihak diri saya dan mereka yang mewakili saya kepada pihak pengurusan pasukan dan mereka yang bekerja di kelab ini berikutan salah faham pada masa lalu.

"Kenyataan tersebut tidak mewakili pandangan saya terhadap kelab atau mana-mana individu yang bekerja di sana. Saya tiada apa-apa tetapi menghormati Manchester City dan mengharapkan yang terbaik untuk kelab ini.

"Saya amat berbangga kerana memainkan peranan dalam sejarah kelab ini dan mahu membantu City melakar lebih banyak kejayaan. Saya hidup untuk bermain bola sepak dan menghiburkan penyokong," tulisnya di laman Facebook.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain