suria

Penyokong Mahu Rooney Dijual

PENYOKONG Manchester United semakin hilang sabar dengan kapten pasukan, Wayne Rooney apabila pemain berusia 3o tahun itu sekali lagi menampilkan aksi buruk ketika tewas 1-2 kepada kelab Turki, Fenerbahce dalam saingan Liga Eropah awal pagi Jumaat.

Walaupun menjaringkan gol cantik pada minit-minit akhir perlawanan, tetapi jaringan itu tidak mampu menutup persembahan sumbang Rooney yang semakin jarang diturunkan oleh Jose Mourinho sebagai pemain utama.

Malah pengulas sukan yang juga bekas pemain Manchester United dan Liverpool, Michael Owen terkejut dengan prestasi memalukan Rooney itu.

"Sentuhan pertamanya sangat teruk," kata Owen.

Susulan itu, penyokong Red Devils menggesa pihak kelab agar menjual penyerang England tersebut disebabkan kualiti permainannya yang semakin merosot.

"Rooney bukan lagi pemain bagus, tolong jual dia," kata pemilik akaun Twitter, Sukes.

"Kadang-kala saya keliru sama ada Rooney melakukan sentuhan pertama atau menghantar bola," seorang lagi pengguna Twitter, Stanley Chow mempertikaikan keupayaan Rooney.

Mereka juga meminta pemain-pemain muda diberikan peluang untuk menyerlah seperti yang disuarkan Paul Mallon, "Sentuhan Rooney sangat memalukan. Dia tidak boleh lagi beraksi, bukan sahaja di perlawanan yang kurang kompetitif. Beri peluang kepada pemain muda."

Wayne Rooney, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain