suria

Pelumba F1 Termuda Tanpa Lesen Sertai Williams

Lance Stroll merupakan pelumba termuda Formula Satu dan masih belum memiliki lesen memandu. - REUTERS

PASUKAN Williams memperkenalkan pelumba baharu yang bukan sahaja paling muda yang akan bersaing dalam kejuaraan Formula Satu tetapi juga belum memiliki lesen memandu.

Lance Stroll dari Kanada, baru sahaja menyambut hari kelahiran yang ke-18 pada minggu lalu, akan menggalas tugas untuk menggantikan Felipe Massa yang mengambil keputusn untuk bersara pada hujung musim ini.

Stroll yang merupakan rakyat Kanada pertama menyertai Formula Satu sejak 1997 selepas juara dunia, Jacques Villeneuve meninggalkan dunia permotoran itu lebih 10 tahun lalu, akan bergandingan dengan Valtteri Bottas.

Bottas, dari Finland akan berlumba untuk pasukan Williams bagi musim kelima berturut-turut.

Berdasarkan rekod, Stroll mendominasi kejuaraan Formula Tiga pada tahun ini dengan mengutip mata lebih daripada 100.

Dia menjadi pemandu paling muda dalam sukan itu selepas pemandu Belanda, Max Verstappen menyertai perlumbaan buat kali pertama ketika berusia 17 tahun pada tahun lalu.

"Saya mengimpikan untuk berlumba dalam kejuaraan Formula Satu sejak kecil dan kini impian itu menjadi kenyataan.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada Williams kerana percaya atas kemampuan saya," katanya.

Formula Satu, Williams

Artikel Sebelum

Penyokong Mahu Rooney Dijual

Artikel Berikut

Artikel Lain