suria

Liverpool Bakal Miliki Pengarah Bola Sepak Pertama

LIVERPOOL akhirnya bakal memiliki pengarah bola sepak buat kali pertama dalam sejarah kelab itu apabila akan mengumumkan pelantikan pakar teknikal, Michael Edwards untuk menggalas tugas tersebut.

Walaupun pelantikan tersebut akan memberi implikasi buruk memandangkan pengarah bola sepak kelab akan mempunyai kuasa mengawal segala perihal bola sepak, namun difahamkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bukan sahaja mengalu-alukan keputusan itu, tetapi turut memberi galakan.

Pengurus kelahiran Jerman itu sering bekerjasama dengan pengarah bola sepak sepanjang 14 tahun kariernya mengemudi pengurusan kelab.

Tetapi sejak tiba di Anfield pada Oktober tahun lalu, dia tidak dibantu oleh pengarah bola sepak kelab kerana jawatan itu tidak wujun dan kini mahu tugas itu diisi bagi meringankan bebannya.

Klopp akan membuat keputusan muktamad dalam soal perpindahan tetapi Edwards yang kini merupakan pengarah teknikal Liverpool yang membantu tugas mencari dan mengembangkan bakat pemain, akan mengambil tanggungjawab untuk berunding bagi hal perpindahan pemain ke kelab itu.

Dengan kehadiran Edwards, Klopp kini dapat menumpukan perhatian terhadap tugasnya mengendalikan pasukan.

Edwards sebelum ini merupakan ketua analisis prestasi di Tottenham Hotspur dan dibawa ke Anfield pada November 2011 untuk memainkan peranan yang sama .

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain