suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terry Bakal Sertai Guangzhou Evergrande

John Terry.

PEMAIN pertahanan Chelsea, John Terry semakin hampir untuk menyertai kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande.

The Daily Mail melaporkan kelab tersebut menawarkan sekitar 8 juta pound setahun kepada Terry untuk meninggalkan Stamford Bridge sebaik sahaja kontraknya berakhir pada hujung musim ini.

Terry merupakan duta besar kepada pasukan Guangzhou yang kini dikendalikan bekas pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari.

Pemain berusia 35 tahun itu baharu sahaja pulih daripada kecederaan buku lali dan berusaha untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama skuad Antonio Conte.

Conte melaksanakan sistem tiga pemain pertahanan di bahagian belakang yang terdiri daripada David Luiz, Gray Cahill dan Cesar Azpilicueta dan perubahan itu membawa kejayaan besar dengan empat kemenangan berturut dalam Liga Perdana Inggeris dan rekod tanpa bolos.

Terry sudah memulakan kursus kejurulatihan dan sering menghabiskan masanya di akademi Chelsea.

Malah beliau turut menetap di barat London dalam usaha untuk memasuki bidang pengurusan sekiranya kontraknya tidak disambung semula.



Artikel Sebelum

Murray Lepasi Halangan Verdasco

Artikel Berikut

Artikel Lain