suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Kovacic Elak Real Madrid Dimalukan Legia

MATEO Kovacic menjaringkan gol penyamaan dramatik untuk membantu Real Madrid terikat 3-3 dengan Legia Warszaw pada aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan F di Stadium Wojska Polskiego, Poland, awal pagi Khamis.

Madrid dilihat bakal mengulangi pesta gol 5-1 ke atas Legia di Bernabeu dua minggu lalu selepas Gareth Bale meletakkan pasukan lawan di depan seawal minit pertama sebelum Karim Benzema menjaringkan gol kedua pada minit ke-35.

Namun pasukan tuan rumah bangkit melakukan asakan balas ke atas Madrid menerusi jaringan Vadis Odjidja-Ofoe (40'), Miroslav Radovic (58') and Thibault Moulin (83').

Madrid nyaris dimalukan Legia sebelum Kovacic menjaringkan gol penyamaan dua minit kemudian.

Anak buah Zinedine Zidane itu masih perlu berusaha keras untuk mara ke kelompok 16 pasukan terakhir apabila menduduki tangga kedua dalam Kumpulan F dengan Sporting kini ketinggalan lima mata di belakang mereka berbaki dua perlawanan yang perlu diharungi.

Borussia Dortmund pula berkelebihan dua mata di depan Madrid selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sporting, awal pagi Rabu.

Legia menduduki tangga keempat dengan satu mata.

Real Madrid, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Paris Masters

Artikel Lain