suria

Leicester Selangkah Ke Pusingan Kalah Mati

JUARA Liga Perdana Inggeris musim lalu, Leicester City semakin hampir untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas terikat seri tanpa jaringan dengan FC Copenhagen pada aksi peringkat kumpulan G di Telia Perken, awal pagi Khamis.

Saat dramatik pertembungan itu hadir pada minit ke-90 apabila penjaga gol Kasper Schmeichel menepis tandukan Andreas Cornelius.

Leicester nyaris menggegar gawang tuan rumah menerusi pemain sayapnya, Jeffrey Schlupp tetapi percubaan itu berjaya ditampan penjaga gol, Robin Olsen.

Anak buah Claudio Ranieri yang memenangi tiga perlawanan peringkat kumpulan G hanya memerlukan satu lagi mata dari dua baki perlawanan akhir untuk mara ke kelompok 16 pasukan terakhir.

Gawang mereka tidak dibolosi dalam empat perlawanan dan kekal menduduki tangga teratas kumpulan, tiga mata di depan Porto.

Copenhagen pula masih mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak Ogos 2015 menjadikan keseluruhan kepada 29 perlawanan.

Ranieri menegaskan dia amat gembira dengan keputusan tersebut.

"Saya amat gembira. Pada 20 minit pertama perlawanan tidak begitu bagus tapi pada babak kedua segalanya menjadi lebih baik.

"Kasper Schmeichel merupakan penjaga gol terbaik dan saya mengharapkan permainan seperti ini. Saya mahukan lebih banyak serangan balas.

"Kami ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi keputusan ini okay," katanya.

Leicester City, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain