suria

Murray Lepasi Halangan Verdasco

Andy Murray.

ANDY Murray dari Britain mengetepikan bintang Sepanyol, Fernando Verdasco pada pusingan kedua kejohanan Paris Masters dalam usaha memburu ranking No.1 dunia.

Murray, 29, yang boleh mengambil alih status pemain terbaik dunia itu daripada Novak Djokovic pada minggu ini menang 6-3 6-7 (5-7) 7-5 dalam aksi selama dua jam 29 minit.

Terdahulu, Djokovic menundukkan Gilles Muller dari Luxembourg  6-3 6-4.

Bintang Serbia berusia 29 tahun itu akan mengekalkan ranking No.1 dunia yang dipegang selama 122 minggu jika dia mara ke final.

Namun sekiranya gagal, kedudukannya akan diambil alih Murray jika pemain itu memenangi kejohanan tersebut atau mara ke final dan Djokovic tersingkir sebelum aksi separuh akhir.

Murray akan berdepan pemain Perancis, Lucas Pouille pada Khamis manakala Djokovic menentang Grigor Dimitrov dari Bulgaria.

Kemenangan ke atas Verdasco bermakna Murray kini telah memenangi 53 daripada 57 permainan yang disertainya.

"Ia perlawanan yang sukar. Verdasco kerap melakukan pukulan servis kencang.

Apabila dia ketinggalan, saya bangkit melakukan asakan balas. Saya hanya perlu berjuang sehingga tamat permainan," katanya.

Andy Murray, Paris Masters

Artikel Berikut

Artikel Lain