suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Kena Dakwa

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho didakwa atas tuduhan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan perbalahan dengan pengadil Mark Clattenburg semasa anak buahnya terikat seri tanpa jaringan dengan Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

"Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan terowong pada separuh masa pertama. Dia dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat atau hinaan terhadap pegawai perlawanan," demikian menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan FA.

Mourinho mempunyai tempoh masa sehingga petang Jumaat ini untuk memberi respons terhadap pertuduhan itu.

Bekas pengurus Chelsea itu juga tidak mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan tambahan yang dikenakan terhadapnya berhubung komen yang dibuat terhadap pengadil semasa United berkunjung ke Anfield dalam pertemuan dengan Liverpool baru-baru ini.

Akibat dua insiden itu, Mourinho mungkin akan didenda dan berdepan hukuman tidak dibenarkan berada di tepi padang dalam satu perlawanan atau dilarang memasuki stadium jika rekod disiplinnya sebelum ini diambil kira.

Perbalahan itu tercetus selepas Mourinho tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti apabila Matteo Darmian dikasari di dalam kotak penalti pada aksi minggu lalu.

Keputusan seri ke atas Burnley itu menyebabkan anak buah Mourinho hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan Liga Pedana Inggeris setakat ini.

United kini menduduki tangga kelapan, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Malaysia Perlu Perbaiki Kelemahan

Artikel Berikut

Klose Gantung But

Artikel Lain