suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Perlu Perbaiki Kelemahan

Pemain Malaysia Norsyafiq Sumantri mengasak pemain Australia Stephen Gale pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya pada Selasa. fotoBERNAMA

JOHOR BARU: Aksi pasukan hoki Malaysia pada malam Selasa lebih baik daripada sebelum ini, namun banyak yang perlu diperbaiki terutamanya ketika penyudah, kata jurulatih skuad remaja negara, Wallace Tan.

Tan berkata walaupun beliau gembira dengan persembahan anak didiknya yang berjaya mengikat Australia dengan keputusan seri 2-2 namun ia bukanlah berita gembira baginya.

"Kita telah melakukan kesilapan apabila memberi ruang kepada Australia untuk menjaringkan dua gol pada malam ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Malaysia terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat seri 2-2 dengan Australia pada perlawanan kedua Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016.

Katanya, beliau telah melakukan beberapa perubahan dari segi 'setup' pada malam ini (Selasa) namun beberapa kesilapan terus berlaku.

Tan berkata walaupun gagal mengutip tiga mata malam ini, pasukan Australia sudah pasti akan bangkit pada perlawanan menentang New Zealand pada Rabu bagi memperbaiki kedudukan mereka.

Malaysia dijadual menentang Pakistan pada perlawanan ketiga pada pukul 8.30 malam. - BERNAMA

Wallace Tan, skuad hoki remaja

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Mourinho Kena Dakwa

Artikel Lain