suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klose Gantung But

Miroslav Klose.

PENYERANG Jerman, Miroslav Klose mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak.

Klose yang menjaringkan 16 gol pada aksi Piala Dunia untuk Jerman menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah perlawanan berprestij dunia itu.

Beliau mengatasi legenda Brazil, Ronaldo dengan satu gol.

Pemain berusia 38 tahun itu juga merupakan antara penjaring gol terbanyak untuk Jerman apabila meledak 71 gol dalam penampilan di peringkat antarabangsa.

"Saya meraikan kejayaan terbaik dengan pasukan kebangsaan. Waktu itu amat indah dan tidak akan dilupakan," kata Klose dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web Persatuan Bola Sepak Jerman.

Pemain itu yang dilepaskan Lazio pada musim panas lalu akan menyertai pasukan sokongan Joachim Low dalam usaha memperkukuhkan pasukan Jerman.

"Saya amat berterima kasih kepada Low dan Hansi Flick (pengarah sukan) di atas peluang ini," kata Klose.

Miroslav Klose, Jerman

Artikel Sebelum

Mourinho Kena Dakwa

Artikel Berikut

Artikel Lain