suria

SIC Tuan Rumah MotoGP Hingga 2021

SEPANG: Litar Sepang Antarabangsa Sepang (SIC) bakal terus menjadi tuan rumah salah satu pusingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sehingga 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (SIC) Datuk Razlan Razali berkata, tidak sukar untuk menyakinkan kerajaan bagi memberi kebenaran untuk meneruskan perlumbaan berprestij dunia ini di Litar Sepang.

"Setiap tahun sambutan daripada peminat MotoGP semakin bertambah. Malah perlumbaan ini bukan lagi sebagai tontonan tetapi merupakan landasan kepada pelumba-pelumba muda negara bersaing di peringkat dunia.

"SIC dan Dorna selaku pemegang hak perlumbaan bukan sekadar berkongsi dalam kontrak tetapi mempunyai minat sama untuk mempromosikan perlumbaan ini," jelasnya pada sidang media, Sabtu.

Kontrak baharu SIC bersama Dorna disahkan pada pagi Sabtu di SIC di sini.

Sementara itu, pengerusi baharu SIC, Tan Sri Azman Yahya mengakui gembira dengan penyambungan kontrak baharu itu.

"Saya gembira memaklumkan kami telah menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun, berakhir 2021, pada pagi ini.

"Malah saya turut gembira kerana ini merupakan rundingan pertama saya sebagai Pengerusi SIC," jelasnya.

MotoGP, SIC, Razlan Razali

Artikel Sebelum

Keputusan Kelayakan MotoGP

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Moto3 GP

Artikel Lain