suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cristiano Ronaldo 'Bengang' Dengan Prestasi Diri Sendiri

Cristiano Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo 'bengang' dengan rekod dan prestasi dirinya baru-baru ini.

Dengan empat gol dalam sembilan penampilan untuk semua pertandingan, penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid ini sedang mengalami nasib terburuknya musim ini sejak menyertai kelab juara Sepanyol itu dari Manchester United pada tahun 2009.

Ronaldo gagal menjaringkan gol ketika Real membelasah Legia Warsaw 5-1 dan ketika kelabnya berjaya menewaskan Athletic Bilbao 2-1.

Lebih memberikan tamparan hebat apabila pemain ganti Alvaro Morata telah membantu Real menjaringkan gol pada saat akhir dalam perlawanan tersebut, membawa Real terus berada di puncak La Liga.

"Saya tidak fikir dia cemas tetapi dia mungkin marah, dia mahu menjaringkan gol dan itu adalah normal," kata pengurus Real, Zinedine Zidane pada sidang akhbar menjelang kunjungan Real ke Alaves.

Ronaldo adalah calon kegemaran untuk anugerah Ballon d'Or selepas memenangi Liga Juara-Juara bersama Real dan Kejohanan Eropah dengan Portugal.

Dia juga menjaringkan lebih dari 50 gol untuk Real untuk musim keenam berturut-turut.

"Dia unik untuk apa yang telah dilakukan dan apa yang dia terus lakukan. Dia telah menetapkan paras yang begitu tinggi, dan apabila dia tidak menjaringkan gol,  orang-orang di luar sana akan terkejut," kata Zidane.

"Dia perlu berdepan keadaan ini dalam hidupnya, itulah yang menjadikannya seorang pemain luar biasa."

Cristiano Ronaldo, Ballon d'Or

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain