suria

"Saya Perlukan Masa Dan Lebih Pemain Bertaraf Dunia" - Jose Mourinho

Jose Mourinho
PENGURUS Manchester United terus menjadi perhatian selepas tiba di Old Trafford pada musim panas.

Dengan kekalahan 4-0 ke atas Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lepas, Jose Mourinho telah membayangkan bahawa pasukannya kekurangan pemain bertaraf dunia yang sebenar.

Dia telah memecahkan rekod perpindahan dunia dengan menandatangani Paul Pogba dari Juventus pada musim panas ini, tetapi berpendapat banyak tugas 'pembinaan semula' perlu dilakukan.

"Kami perlukan masa," memetik dailystar.co.uk

"Ceritanya sentiasa sama. Untuk beberapa kelab bersama beberapa pengurus, mereka memerlukan tempoh masa.

"Orang lain menuntut kejayaan segera kelab-kelab dan pengurus-pengurus ini.

"Itulah Manchester United dan Jose Mourinho. Tiada masalah. Ia bukan satu cara yang saya suka.

"Saya tiba di kelab ini tanpa Paul Scholes, Ryan Giggs, Roy Keane atau Bryan Robson.

"Saya juga tiba bersama kumpulan pemain yang baik untuk saya bekerja, tetapi kebanyakan mereka bukanlah produk akhir.

"Mereka belum bersedia. Dan sebahagian daripada mereka seperti Michael (Carrick) berada dalam tempoh di mana mereka adalah luar biasa tetapi mereka tidak berada dalam kumpulan usia 24 atau 25.

"Saya selalu tiba di kelab-kelab dan melalui proses yang bukan mudah. ​​Saya tidak pernah pergi ke kelab yang menang dan baru mencipta kejayaan di mana anda hanya boleh melakukan sedikit tambah baik dan mengubah hala tujunya.

"Saya sentiasa berdepan detik-detik sukar.

"Saya meninggalkan Porto sebagai juara Eropah, saya meninggalkan Inter (Milan) sebagai juara Eropah, saya meninggalkan Chelsea dengan dua gelaran dalam tempoh tiga tahun, dan saya meninggalkan Real Madrid bersama tiga kali melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan satu gelaran.

"Kemudian saya mendapati kelab ini berada dalam keadaan yang sukar, tetapi itu adalah kerja yang besar.

"Saya tidak mengubah kata-kata saya dari hari pertama - kami mahu menang.

"Pada masa ini, kami masih mempunyai empat pertandingan untuk menang.

"Mari kita lihat daripada empat perlawanan itu, berapa yang kita menang. Empat, tiga, dua, satu atau tiada kemenangan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain