suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Frank Williams Dijangkiti Pneumonia

Sir Frank Williams.

KETUA Pasukan Williams, Sir Frank Williams semakin beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pneumonia.

Menurut Ketua Eksekutif Williams, Mike O'Driscoll, legenda Formula Satu (F1) berusia 74 tahun itu yang lumpuh dari bahu ke kaki, jatuh sakit pada September lalu.

"Dia berdepan saat sukar. Dia diserang pneumonia. Dia semakin beransur pulih.

"Kami harap dapat melihatnya kembali ke Grove (pangkalan Williams) tidak lama lagi. Kami tahu dia mempunyai keazaman yang tinggi," kata O'Driscoll.

Sir Frank menggunakan kerusi rodak sejak mengalami patah tulang belakang selepas terlibat dengan kemalangan kereta di Perancis pada 1986.

Williams dibawa ke hospital sejak dua tahun lalu kerana sakit di bahagian tulang belakangnya.

Dia kemudiannya pulih sepenuhnya.

Williams dijangka mengumumkan barisan pelumba baharunya untuk musim 2017 pada Khamis.

Mereka telah menandatangani khidmat Fin Valtteri Bottas yang akan bergandingan dengan pelumba rookie dari Kanada, Lance Stroll.




F1, Williams, Sir Frank Williams

Artikel Sebelum

Artikel Lain