suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Tewaskan Jepun 4-3 Raih Tempat Kelima

KUANTAN: China melengkapkan saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 di tempat kelima selepas mengalahkan Jepun 4-3 pada perlawanan menentukan kedudukan di Stadium Hoki Kuantan di sini, Sabtu.

Kapten pasukan, Mei Leng muncul wira China dengan jaringan emas menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-49.

Sebelum itu, Mei Leng, selaku pakar pukulan sudut pasukan, menghadiahkan gol penyamaan pada minit ke-17 selepas Jepun membuka tirai jaringan seawal minit kelapan oleh Ochiai Hiromasa.

Yu Xin berjaya menewaskan penjaga gol skuad 'Matahari Terbit', Chida Takumi pada minit ke-20 untuk meletakkan China di hadapan sebelum Zhong Jianwei memngukuhkan kedudukan pasukan itu tiga minit kemudian.

Jepun, yang enggan mengalah, berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Tanaka Kenta selang seminit selepas itu menerusi jaringan padang untuk keputusan 3-2 pada separuh masa.

Dalam babak kedua, Tanaka Kenta sekali lagi menewaskan penjaga gol China, Wang Hongyu melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-48 untuk menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, China membuktikan kewibawaan mereka dengan jaringan kemenangan oleh Mei Leng, sekali gus mengelak kedudukan tercorot dalam kejohanan enam pasukan itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain