suria

Super KIP Kecewa Tamat Saingan Kelayakan Di Tempat Ke-20

Pelumba Honda Team Asia Khairul Idham Pawi berbincang bersama krew teknikal semasa sesi latihan bebas ketiga Moto3 pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu.

SEPANG: Pelumba negara, Khairul Idham Pawi ternyata kecewa dengan keputusan kelayakan saingan Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ke-20 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu.

Pelumba pasukan Honda Team Asia yang digelar Super KIP itu kelihatan kecewa dengan keputusan pusingan kelayakan berbanding sesi latihan bebas pada Jumaat.

Hujan lebat yang melanda Litar Sepang lebih awal menyebabkan saingan kelayakan Moto3 terpaksa ditunda seketika lebih kurang 19 minit.

"Sukar bagi saya, tidak yakin dengan keadaan litar yang basah selepas hujan turun lebih awal. 

"Saya keluar dengan 'setting' tayar licin dan selepas hujan turun, saya tidak sempat untuk mengubahnya.

"Memang sukar apabila akan memulakan di petak ke-20 pada perlumbaan esok (Ahad), tetapi kami akan cuba mengubah 'setting' baharu pada sesi pemanas badan pagi esok ," jelasnya kepada media selepas perlumbaan kelayakan.

Pelumba berusia 18 tahun itu juga mengakui sedikit terganggu dengan kecederaan di tangan dan kaki ketika sesi latihan bebas ketiga pagi Sabtu.

"Pagi tadi, keadaan litar basah menyebabkan saya terjatuh.

"Saya perlu cari 'confident' dengan motor sendiri dan baharulah boleh lakukan yang terbaik," tambahnya.

Khairul Idham menjadi tumpuan peminat-peminat pemotoran tanah air apabila berjaya melakar nama sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai dua pusingan MotoGP dalam kategorinya di GP Argentina dan GP Jerman sebelum ini.

Selain itu, aksi kelayakan Moto3 ini dikuasai pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder dengan catatan terpantas 2'26.268 diikuti Jorge Navarro (Estrella Galicia 0,0) dan tempat ketiga Francesco Bagnaia (Pull&Bear Apar Hamindra).

Kedudukan petak pelumba kategori Moto3 bagi perlumbaan akhir Grand Prix Motosikal Malaysia pada Ahad:


1.Brad Binder - Red Bull KTM Ajo
2.Jorge Navarro-Estrella Galicia 0,0 Marc VDS
3.Francesco Bagnaia-ASPAR Mahindra Team Moto3
4.Lorenzo Dalla Porta-SKY Racing Team VR46
5.Gabriel Rodrigo-RBA Racing Team
6.Niccolò Antonelli-Ongetta-Rivacold
7.Bo Bendsneyder-Red Bull KTM Ajo
8.Jorge Martín-ASPAR Mahindra Team Moto3
9.Fabio Quartararo-Leopard Racing
10.Arón Canet Barbero-Estrella Galicia 0,0 Marc VDS
11.Andrea Locatelli-Leopard Racing
12.Philipp Öttl-Schedl GP Racing
13.Nicolò Bulega-SKY Racing Team VR46
14.Joan Mir Mayrata-Leopard Racing
15.Jakub Kornfeil-Drive M7 SIC Racing Team
16.Tatsuki Suzuki-CIP-Unicom Starker
17.Juanfran Guevara-RBA Racing Team
18.Adam Norrodin-Drive M7 SIC Racing Team
19.Fabio Di Giannantonio-Gresini Racing Moto3
20.Khairul Idham Pawi-Honda Team Asia
21.Ayumu Sasaki-Gresini Racing Moto3
22.Hafiq Azmi-Peugeot MC Saxoprint
23.Livio LoiRW Racing GP BV
24.Jules Danilo-Ongetta-Rivacold
25.Hiroki Ono-Honda Team Asia
26.Andrea Migno-SKY Racing Team VR46
27.Albert Arenas-Peugeot MC Saxoprint
28.Marcos Ramírez-Platinum Bay Real Estate
29.Lorenzo Petrarca-3570 Team Italia
30.Stefano Valtulini-3570 Team Italia
31.Darryn Binder-Platinum Bay Real Estate
32.María Herrera-MH6 Laglisse
33.Fabio Spiranelli-CIP-Unicom Starker
Super Kip, Moto3, SIC

Artikel Sebelum

Kedudukan Petak Pelumba Moto2

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan MotoGP

Artikel Lain