suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Benam Sunderland 4-1

Giroud meraikan jaringannya.

OLIVIER Giroud menjaringkan dua gol ketika diturunkan dari bangku simpanan untuk membantu Arsenal mengatasi Sunderland 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Arsenal berada di depan seawal minit ke-19 menerusi Alexis Sanchez.

Namun, Sunderland bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Jermain Defoe.

Giroud kembali meletakkan Arsenal di depan apabila merembat gol ketiga pada minit ke-71.

Lima minit kemudian, Giroud menjaringkan gol keduanya pada pertemuan itu.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal di kedudukan teratas liga.

Sunderland pula masih belum mencatat sebarang kemenangan dan kini hanya mengumpul dua mata daripada 10 perlawanan liga setakat ini.


Senarai pemain:

SUNDERLAND: Pickford, Jones, Van Aanholt, O'Shea, Kone, Rodwell, Pienaar, NDong, Khazri, Watmore, Defoe. 
Pemain gantian: Mika, Djilobodji, Love, Manquillo, Januzaj, Gooch, Anichebe.

ARSENAL: Cech, Bellerin, Mustafi, Koscielny, Gibbs, Coquelin, Elneny, Oxlade-Chamberlain, Ozil, Iwobi, Sanchez. 
Pemain gantian: Gabriel, Ramsey, Giroud, Ospina, Holding, Jenkinson, Maitland-Niles.

Olivier Giroud, Arsenal, Sunderland

Artikel Sebelum

Pakistan Sekat Malaysia Ke Final

Artikel Berikut

Artikel Lain