suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Boleh Angkat Kaki - Mourinho

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho memberitahu Wayne Rooney bahawa dia perlu berhijrah ke kelab lain sekiranya mahu lebih kerap diturunkan dalam kesebelasan utama.

Mourinho berkata beliau tidak boleh memberi jaminan kepada Rooney bahawa kapten pasukan itu akan sentiasa membarisi skuad utama United.

Kenyataan terbaharu Mourinho itu menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan Rooney di Old Trafford.

Malah, ia seolah membuka pintu kepada Rooney untuk meninggalkan kelab itu pada Januari tahun depan.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak disenaraikan dalam skuad utama Red Devils dalam empat aksi liga sebelum ini.

Masalah kecederaan otot antara alasan dia tidak diturunkan ketika United kalah kepada Chelsea di Stamford Bridge.

Kini, terpulang kepada Rooney untuk mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain.

Kontraknya bersama United hanya akan tamat pada 30 Julai 2019.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain