suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Selatan Tewaskan China 5-3

Pemain Korea Young Han Yoo (kanan) dikasari pertahanan China Taozhu Zhang (kiri) pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hoki Kuantan. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Korea Selatan mengintai peluang ke separuh akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 selepas mengalahkan China 5-3 pada pusingan awal di Stadium Hoki Kuantan di sini pada Isnin malam.

Gerakan kilat pemain Korea Selatan berjaya menembusi gawang gol lawan seawal minit pertama hasil jaringan padang Lee Jungjun sebelum giliran Kim Seongkyu menambah gol kedua pada minit ketiga hasil pukulan sudut penalti.

Serangan balas yang diatur pasukan China berjaya merapatkan jurang gol tiga minit kemudian hasil jaringan padang Yu Xin.

Namun, ketangkasan pemain Korea Selatan kembali menjarakkan jurang dengan jaringan gol ketiga melalui jaringan padang Kim Hyeongjin pada minit ke-15.

Pemain didikan Song Seung Tae, terus beraksi cemerlang dengan tambahan dua lagi gol hasil jaringan padang Yang Jihun minit ke-20 dan pukulan sudut penalti Kim Juhun minit ke-38 bagi Korea mendahului 5-1.

Tersentak dengan keadaan itu, China menggandakan usaha dengan menambah gol kedua hasil jaringan penalti pada minit ke-43 yang disempurnakan oleh Meng Lei.

Namun usaha China untuk bangkit sudah terlewat apabila hanya mampu menambah  satu lagi gol pada minit ke-55 hasil jaringan padang E Wenhui menjadikan keputusan sehingga wisel penamat ditiup Korea Selatan mendahului China 5-3.

Jadual esok:

1. Pakistan lawan Jepun - 6.30 petang

2. India lawan China - 8.30 malam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain