Apa Joseph Schooling Mahu Buat Dengan Ganjaran RM2.97 Juta? - Sukan | mStar

Apa Joseph Schooling Mahu Buat Dengan Ganjaran RM2.97 Juta?

Joseph Schooling. -fotoREUTERS
SINGAPURA: Juara Olimpik, Joseph Schooling akan kembali ke Singapura pada November ini untuk menghadiri sebuah program kutipan dana Persatuan Renang Singapura, tetapi perenang itu juga akan menerima suntikan wang tunai.

Perenang berusia 21 tahun ini menjadi satu-satunya pemenang pingat untuk Singapura di Olimpik Rio, merangkul emas dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dan wang tunai S$1 juta (RM2.97 juta) daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) yang diberikan kepada atlet Singapura pertama yang meraih kejayaan ini.

Daripada jumlah ini, 20 peratus akan diberikan kepada Persatuan Renang Singapura untuk tujuan latihan dan pembangunan, seperti yang ditetapkan oleh SNOC.

Selepas cukai, Schooling akan menerima kira-kira S$661,650 (RM1.97 juta).

Dipercayai bahawa SNOC akan mengadakan majlis makan malam penghargaan untuk pasukan Olimpik Singapura pada minggu Schooling berada negaranya.

Di sana, anugerah kewangan S$1 juta (RM2.97 juga) itu juga akan dibentangkan, yang merupakan sebahagian daripada Program Anugerah Multi-Million-Dollar (MAP) yang ditaja oleh Lembaga Tote dan Singapura Pools.


Program ini diwujudkan untuk memberi ganjaran kepada pemenang pingat pada temasya itu.

Schooling, pelajar Universiti Texas pelajar, mendedahkan bahawa beliau belum membuat keputusan tentang apa yang mahu dilakukan dengan wang itu.

Beliau berkata: "Saya tak tahu. Ibu bapa saya yang sentiasa  menguruskan kewangan saya dan saya akan biar mereka buat keputusan apa yang perlu dilakukan."

Bapanya, Colin Schooling, yang juga seorang ahli perniagaan berkata: "Kami telah meminjam wang daripada beberapa bank untuk membayar pendidikan dan latihannya, jadi ini akan membantu.

"Paling indah apabila anak saya sebenarnya berkata kepada kami, 'Mummy dan Daddy, jangan bimbang, gunakan saja wang itu untuk membayar pinjaman."

Colin dan isterinya May telah membelanjakan lebih dari $1 juta (RM2.97 juta) untuk menyokong aspirasi satu-satunya anak mereka. Ini termasuk membayar yuran di Sekolah Bolles, sebuah sekolah kolej persediaan swasta selama lima tahun.

Yuran di sekolah di Florida adalah sekitar AS$41,450 (RM166,649) setahun.

Terdapat juga sebuah apartmen yang disewa, berharga kira-kira AS$2,800 (RM11,257) sebulan, selain perbelanjaan sara hidup, penerbangan dan penginapan serta fisioterapi.

Tahun lepas, beliau telah diberi $31,250 (RM92,918) apabila memenangi kesemua sembilan perlumbaan di Sukan SEA.

Pada tahun 2014, beliau menerima $370,000 (RM1.1 juta) untuk empat pingat; satu perak pada Sukan Komanwel Glasgow dan satu emas, satu perak dan satu gangsa pada Sukan Asia Incheon.

Beliau juga adalah pemegang biasiswa Kecemerlangan Sukan. -The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Chong Wei Nafi Miliki Aset RM300 Juta

Artikel Berikut

Isu FAM: TMJ Serah Pendrive Kepada KJ

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain