Terbuka ATP Rio: Nadal Berputih Mata - Sukan | mStar

Terbuka ATP Rio: Nadal Berputih Mata

Nadal tersingkir pada aksi separuh akhir.

RIO DE JANEIRO: Pemain nombor lima dunia, Rafael Nadal terpaksa pulang lebih awal dari Terbuka ATP Rio selepas tewas 6-7 (6/8), 7-6 (7/3), 6-4 kepada pemain ranking ke-45 dunia, Pablo Cuevas pada separuh akhir, pagi Ahad.

Kemenangan Cuevas itu sekali gus menafikan impian Nadal untuk melengkapkan penampilan ke-100nya di pentas final ATP.

Pemain Uruguay itu menewaskan juara 14 kali Grand Slam itu dalam tempoh tiga jam 28 minit.

Cuevas akan menentang pemain ranking ke-71 dunia, Guido Pella yang sebelum itu menewaskan pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem 6-1, 6-4.

"Saya sangat gembira kerana Rafa adalah seorang pemain tenis yang hebat.

"Saya memasuki gelanggang dengan hasrat mahu mencari kemenangan dan saya tahu yang saya perlu kekal tenang, sesuatu yang saya mampu lakukan pada hampir keseluruhan perlawanan," kata Cuevas.

Sementara itu, pertembungan antara Pella dan Thiem diganggu angin kencang pada set pertama sebelum perlawanan terpaksa ditunda hampir sejam kerana hujan lebat.

Namun tumpuan pemain kelahiran Argentina itu tidak sedikitpun terganggu.

"Set pertama sangat sukar tetapi saya dibesarkan di kawasan yang mempunyai tiupan angin seperti ini dan lebih teruk lagi.

"Jadi saya sudah biasa dengan keadaan sebegini," kata Pella yang membesar di Bahia Blanca.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain