Gol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia - Sukan | mStar

Gol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia

PETALING JAYA: Seorang pemain bola sepak dari Malaysia berpeluang mencalonkan dirinya ke Anugerah Puskas tahun ini selepas menjaringkan gol unik menerusi sepakan percuma.

Malah dia juga dilapor bakal menjadi pencabar kepada gol unik yang dihasilkan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi

Gol yang menjadi perhatian dunia itu dihasilkan oleh pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika menentang Pahang pada malam selasa.

Keunikkan jaringan tersebut telah disamakan dengan sepakan percuma yang disempurnakan oleh legenda pertahanan Brazil, Roberto Carlos.

Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang.

Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia dan laman sosial.

Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedah Berdepan Masalah Penyudah Tumpul

Artikel Berkaitan

Artikel Lain