Rita Sosilawati Intai Selangor Atau JDT - Sukan | mStar

Rita Sosilawati Intai Selangor Atau JDT

Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati.
PETALING JAYA: Anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya didakwa sedang membuat pertimbangan untuk menaja antara Juara Piala Malaysia, Selangor atau Juara Piala AFC iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sumber mendedahkan kepada mStar Online, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau Rita Sosilawati akan membuat pertimbangan itu berdasarkan negeri yang mempunyai kaitan dengan keluarganya.

“Setakat ini, Rita mungkin sedang pertimbang untuk pilih pasukan yang mana untuk ditaja, antara Selangor atau JDT. Rita masih sedang meneliti perkara itu,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Sumber yang enggan dikenali itu memberitahu Rita yang juga Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) mungkin akan memilih dua negeri tersebut berikutan bapanya berasal dari Selangor manakal arwah ibunya dari, Johor.

“Bapa Rita berasal dari Tanjong Karang dan arwah ibunya pula dari Batu Pahat. Suami Rita juga orang Batu Pahat,” dakwa sumber itu.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat kemungkinan Rita akan menaja pasukan lain dari utara berdasarkan rekod kehadiran penyokong di stadium kerana ia dapat memberi pulangan kepada perniagaan.

“Ada rakan cakap Rita berhasrat untuk taja sama ada pasukan Selangor atau JDT. Tapi, dengarnya Rita mungkin bercadang untuk menaja pasukan lain di utara, jika bukan Selangor atau JDT,” ujar sumber itu.

Sementara itu, Rita ketika dihubungi mStar Online tidak mendedahkan mengenai rancangan untuk menaja pasukan itu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak khabar angin berkenaan yang kini tersebar di media sosial.

Pada Selasa, Mstar Online melaporkan Rita sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik kedua yang menaja pasukan daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn Bhd jika hasratnya direalisasikan.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida bersetuju menyediakan dana sebanyak RM16 juta untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan syarat tertentu termasuk mengecat stadium berwarna merah jambu.

Rita sebelum ini merupakan penaja utama bagi program realiti, Akademi Fantasia 2015. Difahamkan jumlah tajaan Rita bagi program berkenaan mencecah RM3 juta.

Rita Sosilawati , JDT , NV

Artikel Sebelum

Fifa Pecat Setiausaha Agung Jerome Valcke

Artikel Berikut

Megah Perawan Bakal Taja PKNS FC

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain