suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Kehilangan Anthony Martial

MANCHESTER United mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang mudanya, Anthony Martial untuk sementara waktu apabila pemain itu mengalami kecederaan.

United yang akan menentang Watford pada Sabtu ini mungkin kehilangan Martial selepas pemain itu kelihatan bertongkat dengan kaki kirinya berbalut akibat kecederaan ketika membantu Perancis menentang England pada Selasa.

Dalam perlawanan yang menyaksikan England menang 2-0, Martial terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 apabila penyerang Perancis itu mengalami kecederaan.

"Dia berada dalam kesakitan ketika ketika dikeluarkan. Tahap kecederaan pemain berusia 19 tahun itu belum diketahui setakat ini," jelas ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Martial menjaringkan lima gol untuk United pada musim ini selepas dibeli dengan nilai £36 juta dari Monaco.

Perancis, England

Artikel Lain