suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satheishtharan Terus Cemerlang Pada Kejohanan Remaja Dunia

R.Satheishtharan

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, R.Satheishtharan terus menampilkan aksi cemerlang apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2015 di Lima, Peru pada Rabu.

Pemain pilihan ke-10 itu menewaskan Oscar Guo dari New Zealand 21-16, 22-20 pada pusingan kedua, demikian menurut laman sesawang kejohanan www.bwflima2015.com.

Turut mengiringi beliau ke pusingan seterusnya ialah Yeoh Seng Zoe yang mengetepikan cabaran pemain Itali, Lukas Osele 21-8, 21-10, manakala pemain perseorangan remaja utama negara, Cheam June Wei, yang juga pilihan kedua,menumpaskan U Ieong Iek dari Macau 21-10, 21-11.

Seorang lagi pemain Malaysia, Lee Zii Jia pula tersingkir apabila tumpas 17-21, 14-21 kepada pilihan kesembilan, Kantaphon Wangcharoen dari Thailand.

Sementara itu, dua pasangan beregu lelaki Malaysia -- Goh Sze Fei/Tan JinnHwa dan Aaron Teng Fong Chia/Wooi Yik Soh mara ke pusingan keempat apabila mereka berjaya menumpaskan lawan masing-masing.

Goh/Tan, yang juga pilihan ke-11 menewaskan beregu Republik Dominica, Cesar Adonis Brito Gonzalez/Angel A rgenis Marinez Ulloa 21-11, 21-8, manakala Teng/Wooi pula mempamerkan aksi bertenaga untuk mengalahkan pilihan ke-10 dari England, Matthew Clare/Ben Lane 21-14, 21-17.

Dalam acara perseorangan wanita, dua pemain Malaysia turut menempah slot kepusingan keempat selepas mereka menumpaskan lawan masing-masing.

Pemain perseorangan remaja wanita utama negara, Goh Jin Wei yang juga pilihan ke-10, mengalahkan Ye Rim Shim dari Korea Selatan 21-5, 21-9, sementara Lee Ying Ying mencatat kemenangan 21-13, 21-9 ke atas pemain Perancis, Yaelle Hoyaux.

Cabaran Malaysia dalam acara beregu wanita, bagaimanapun berakhir apabila wakil tunggal negara, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing tumpas 15-21, 24-26 kepada beregu Jepun, Nao Ono/Yukiko Takahata.

Artikel Lain