suria

Nicol Sahkah Tempat Di Separuh Akhir Klasik Qatar

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David melangkah ke separuh akhir Kejohanan Klasik Qatar selepas mudah menjinakkan  Annie Au dari Hong Kong di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa di Doha, Rabu.

Nicol, 32, menang 11-7, 11-4, 11-2 ke atas pilihan kelima itu dalam masa 23 minit.

"Annie adalah lawan yang sukar. Dia pemain kidal yang sukar untuk anda jangkakan arah pukulannya. Sukar mengagak pukulannya dan dia mampu melakukannya dengan baik khususnya jika beraksi di gelanggang kaca," kata Nicol yang dipetik daripada laman web www.squashsite.co.uk.

"Saya perlu bekerja keras dan gembira dengan permainan saya, apa lagi menang menerusi tiga set," katanya.

Nicol akan menentang pemain Mesir yang sedang meningkat naik, Nour El Sherbini di separuh akhir hari ini.

Nour mara selepas menewaskan pilihan ketiga, Camille Serme dari Perancis 13-11, 11-8, 8- 11, 11-8 dalam masa 52 minit.-- Bernama

Nicol David, Qatar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain