suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cabaran Malaysia Berakhir Pada Kejohanan Masters Korea

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di kejohanan Grand Prix Emas Masters Korea berakhir apabila wakil tunggal, Zulfadli Zulkiffli tersingkir di pusingan ketiga di Jeonju, Korea Selatan pada Khamis.

Zulfadli, juara remaja dunia 2011 yang juga pilihan kesembilan menampilkan aksi mengecewakan apabila tewas mudah 13-21, 8-21 kepada wakil tuan rumah, Lee Dong Keun. 

Pada aksi suku akhir Jumaat, Lee yang juga pilihan keempat akan menentang Jonatan Christie dari Indonesia yang mara selepas menundukkan pemain Jepun, Hashiru Shimono 19-21, 21-12, 21-9.

Sebelum ini, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran berakhir lebih awal pada Rabu di kejohanan yang menawarkan hadiah AS$120,000 (RM515,393).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain