Steven Gerrard Kembali Sertai Liverpool? - Sukan | mStar

Steven Gerrard Kembali Sertai Liverpool?

STEVEN Gerrard dilapor akan kembali menyertai Liverpool dibawah kendalian jurulatih baharu, Jurgen Klopp.

Gerrard yang kini beraksi di liga Amerika Syarikat (AS) sebelum ini dikatakan telah membantu Klopp dalam memberikan pandangan untuk menentang lawan.

Hasil pandangan tersebut Klopp berjaya mewujudkan strategi baru untuk Liverpool dalam usaha kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, Klopp didakwa telah memanggil Gerrard kembali ke London untuk membuat perbincangan mengenai kontrak baharu di Liverpool.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Jerman berkenaan menafikan bahawa Gerrard akan kembali sebagai pemain.

Sebaliknya pemain berusia 35 tahun itu mungkin akan dilantik sebagai penolong jurulatih.

"Dia seorang lelaki yang baik. Dia legenda Liverpool, itu sudah tentu. Tetapi saya tahu kontraknya di AS adalah sehingga November 2016.

"Pintu kelab ini terbuka untuknya. Dia masih muda dan mempunyai stamina untuk membantu di sini," jelasnya.

Liverpool , Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bayern Munich 'Rembat' Arsenal 5-1

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain