suria

Siapakah Yang Mengungguli 10 Pemain Termahal United?

Walaupun telah berhijrah ke kelab lain tapi Angel di Maria tetap kekal sebagai pemain termahal yang pernah dibeli oleh Manchester United.

PEMAIN terbaru Manchester United, Anthony Martial kini menjadi pemain ketiga termahal dalam sejarah perpindahan kelab itu apabila mereka melengkapkan pembeliannya sebanyak £36 juta pada Selasa.

Martial juga kini bergelar pemain remaja termahal di dunia. Dia hanya baru berusia 19 tahun.

Rekod pemain termahal United kini masih dipegang oleh Angel di Maria yang dibeli dari Real Madrid musim lalu pada harga £59.7 juta.

Bagaimanapun Di Maria hanya kekal semusim sahaja di United dan dia kini telah pun berpindah ke Paris St Germain.

Di tempat kedua dipegang oleh Juan Mata yang dibeli dari Chelsea pada harga £37.1 juta, dua musim yang lalu. Mata masih kekal sebagai tonggak utama United.

BERIKUT ADALAH SENARAI 10 PEMAIN TERMAHAL UNITED:

1. Angel di Maril - £59.7 juta.

2. Juan Mata - £37.1 juta.

3. Anthony Martial - £36 juta.

4. Dimitar Berbatov - £30.75 juta.

5. Luke Shaw - £30 juta.

6. Rio Ferdinand - £30 juta.

7. Ander Herrera - £29 juta.

8. Juan Sebastian Veron - £28.1 juta.

9. Marouane Fellaini - £27.5 juta.

10. Wayne Rooney - £27 juta.

Artikel Lain