suria

Terbuka AS: Serena, Nadal Mula Bergaya

Serena Williams.

SERENA Williams memulakan langkah untuk menambah koleksi trofi kejuaraan Grand Slamnya selepas menewaskan Vitalia Diatchenko 6-0 2-0 pada pusingan pertama kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Selasa.

Juara enam kali Terbuka AS itu meninggalkan Stadium Arthur Ashe kira-kira 30 minit kemudian.

Serena kini hanya perlu memenangi enam lagi trofi untuk menyamakan rekod yang dicatatkan pemenang Grand Slam, Maureen Connolly, Margaret Court dan Steffi Graf.

"Amat gembira untuk berada di Stadium Arthur Ashe, menjadi warga Amerika, hanya untuk mengharungi perjalanan ini di dalam kehidupan saya," kata Serena.

Dalam perlawanan berasingan, Rafael Nadal turut mengikut jejak langkah Serena apabila menewaskan pemain muda, Borna Coric 6-3 6-2 4-6 6-4.

"Ia adalah saat gembira buat saya," kata Nadal.

Nadal kembali beraksi di Flushing Meadows buat pertama kalinya sejak kegemilangannya pada Terbuka AS 2013.

Pemain Sepanyol itu tidak beraksi tahun lalu akibat kecederaan di pergelangan tangan.

Nadal akan bertemu Diego Schwartzman dari Argentina yang menundukkan pemain Sweden, Elias Ymer, 6-3 6-2 6-2.

Artikel Berikut

Artikel Lain