suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marouane Fellaini Penyerang Utama Man United - Van Gaal

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal mahu menjadikan Marouane Fellaini sebagai penyerang utama skuad itu, lapor Manchester Evening News.

Ketika ini United mempunyai Wayne Rooney, Javier Hernandez dan James Wilson sebagai penyerang utama selepas Robin van Persie dan Radamel Falcao meninggalkan Old Trafford.

Bagaimanapun dalam sidang media pra-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Brugge, Van Gaal mengaku mahu menjadikan Fellaini sebagai penyerang utama.

Jurulatih kelahiran Belanda itu sebelum ini dilapor akan membeli penyerang utama sebelum jendela pemindahan pemain ditutup pada 1 September.

Antara pemain yang dikaitkan ialah Thomas Muller dan Harry Kane.

Selain itu, tindakan Van Gaal menyimpan jersi nombor 9 turut menjadi misteri bahawa seorang penyerang bakal tiba di Old Trafford tidak lama lagi.

Manchester United, Brugge

Artikel Berikut

Artikel Lain