suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFF B-19: Malaysia Catat Kemenangan Kedua Di Laos

Aksi pemain Malaysia, Muhammad Jafri yang menjaringkan gol pertama perlawanan.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda C (Bawah 19) mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Singapura pada aksi kedua kumpulan B Kejohanan Bola Sepak AFF B-19 di Stadium Nasional Laos di Vientiane, Selasa.

Malaysia mendahului 1-0 pada minit ke-16 menerusi jaringan penyerang, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew sebelum dia menggandakan kedudukan selang enam minit kemudian.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras itu menambah jaringan menerusi sentuhan penyudah Muhammad Nazirul Afif Ibrahim pada minit ke-64 dan Muhammad Danial Ashraf Abdullah, dua minit sebelum perlawanan tamat.

Skuad B-19 negara akan meneruskan aksi ketiga menentang Vietnam, Khamis ini sebelum menamatkan cabaran pusingan awal menentang Myanmar, selang dua hari kemudian.

Malaysia membuka cabaran dalam kempen ini dengan menang tipis 2-1 ke atas Timor Leste, Ahad lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan yang diperkenalkan sejak 2002 itu adalah muncul naib juara pada 2005, 2006 dan 2007.

Piala AFF B-19, Harimau Muda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain