suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Gatlin Catat Masa Terpantas, Di Depan Usain Bolt

PELARI pecut kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin berjaya mencatatkan masa terpantas dalam acara 100 meter Kejuaraan Dunia IAAF di Beijing untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. 

Kejayaan itu turut menjadi Gatlin sebagai pelari pilihan untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan berkenaan.

Gatlin yang pernah digantung dua kali kerana gagal dalam ujian doping berjaya mencatakan masa 9.83 saat untuk berada di depan pemenang pingat Olimpik, Usain Bolt.

Dalam ujian kelayakan itu, Usain turut mengiringi Gatlin untuk beraksi dalam peringkat separuh akhir 100 meter yang akan berlangsung pada Ahad.

Bolt, 29, yang mencatat masa 9.97 saat kembali mewarnai acara 100 meter selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

Banyak pihak meramalkan Gatlin bakal menewaskan Bolt pada kejuaraan dunia kali ini berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan atlet berkenaan pada aksi kelayakan.

Usain Bolt, Justin Gatlin

Artikel Lain