suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Johor Ucap Tahniah Atas Kejayaan JDT Juarai Liga Super 2015

Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super musim 2015, malam Sabtu.

Beliau berkata dengan kejayaan itu, maka kesungguhan, semangat berpasukan serta sokongan jitu penyokong pasukan itu, kini terbalas.

"Semoga kejuaran ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk terus menempa lebih banyak lagi kemenangan pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan di sini.

Biarpun kalah 2-1 kepada Felda United pada pada perlawanan terakhir liga malam Sabtu, JDT mempertahankan kejuaraan dengan mengumpul 46 mata selepas 22 perlawanan, kelebihan dua mata daripada pencabar terdekat Pahang.

Artikel Lain