suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tinggalkan Stamford Bridge, Beraksi Di Wembley

Stadium Wembley

CHELSEA bersedia untuk beraksi di Stadium Wembley buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada kerja menaiktaraf di Stamford Bridge.

Gelanggang keramat Chelsea itu kini dalam proses naik taraf kepada 60,000 tempat duduk yang memakan masa sehingga dua tahun.

Berikutan itu, kelab berkenaan sedang berusaha untuk menjadikan Stadium Wembley sebagai venue utama sehingga Liga Perdana Inggeris musim 2016/17.

Kerja naik taraf di Stamford Bridge dijangka siap sepenuhnya pada 2017 dengan bumbung kanvas.

Dengan pemindahan berkenaan, penyokong Chelsea perlu mengharungi perjalanan sejauh lebih 100 kilometer untuk menyaksikan aksi pemain kesayangan mereka selepas ini.

FA England dilaporkan telah bersetuju dengan permohonan awal untuk menggunakan Stadium Wembley.

Stadium Wembley yang menjadi venue utama bagi saingan akhir kejohanan bola sepak di England dapat memuatkan seramai 85,000 penonton.


Chelsea, Wembley

Artikel Lain