suria

Everton Malukan Southampton Dengan 3-0

Tandukan Romelu Lukaku memberikan jaringan pertama buat Everton dalam perlawanan menentang Southampton di Stadium St Mary, Southampton. Foto Reuters.

SETELAH gagal meraih kemenangan pada minggu pertama Liga Perdana Inggeris 2015-16, Southampton dan Everton nekad untuk bangkit dalam perlawanan minggu kedua.

Walaupun Southampton tampil di kandang sendiri di Stadium St Mary namun kemenangan diraih oleh Everton sekali gus kejayaan itu memalukan tuan rumah.

Everton membuat kejutan dengan jaringan 3-0 walaupun kedua-dua pasukan sebenarnya tampil seimbang.

Pasukan Roberto Martinez memulakan kemenangan pada minit ke-22 menerusi tandukan Romelu Lukaku. 

Penyerang kelahiran Belgium itu berjaya menyambut umpan silang Aruna Kone menerusi skema serangan balik.

Gol pertama tersebut membuatkan Southampton di bawah tekanan untuk segera meraih gol berimbang namun sebaliknya Everton terus membuat jaringan kedua.

Menerusi skema serangan balik itu juga membuat Everton dapat memanfaatkan kelengahan Southampton untuk memulakan serangan.

Aksi cemerlang Ross Barkley membuka ruang kepada Lukaku untuk melakukan jaringan kedua pada minit ke-45.

Southampton beberapa kali cuba mendapatkan peluang menerusi aksi Graziano Pelle dan Saido Mane namun kedua-dua mereka tidak mampu menembusi pertahanan Everton.

Menjelang akhir permainan, Everton sekali lagi menambah satu gol menerusi sepakan padu Barkley pada minit ke-83.

Kedudukan 3-0 terus berakhir sehingga tamat permainan yang menyaksikan kemenangan Everton sebagai pasukan tamu.

Southampton, Everton, Romelu Lukaku

Artikel Lain