suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejohanan Dunia BWF: Chong Wei Mara Ke Final Bertemu Chen Long

Aksi puas Chong Wei selepas berjaya mara ke aksi akhir Kejohanan Badminton Dunia pada Sabtu.

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke pentas akhir selepas menewaskan pemain kedua dunia, Jan O Jorgensen pada saingan separuh akhir Kejohanan Dunia di Jakarta, pada Sabtu.

Chong Wei menewaskan bintang Denmark itu straight set, 21-7 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Kemenangan ini sememangnya diharapkan Chong Wei bagi menebus kekecewaan tahun lalu yang tersingkir kepada pemain No.1 dunia, Chen Long.

Biarpun rekod kemenangan 11-9 berpihak kepada Chen Long, tidak mustahil untuk Chong Wei melakar kejayaan berdasarkan prestasi semasa selepas beliau kembali beraksi sebaik sahaja berakhirnya hukuman penggantungan kerana didapati bersalah menggunakan bahan terlarang dalam kejohanan sama tahun lalu.

Chen Long selaku juara bertahan, mara ke aksi akhir dengan mengalahkan pemain di ranking keempat dunia dari Jepun, Kento Momota 21-9 21-15. 

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super, Sabtu

Artikel Lain