suria

Pemain Menchester City Dzeko Sertai Roma Secara Pinjaman

EDIN Dzeko secara rasminya menyertai Roma secara pinjaman dari Manchester City, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.


“Edin menyertai City pada Januari 2011 dengan membuat penampilan 189 kali untuk Blues sepanjang empat tahun setengah berada di situ,” jelas kenyataan kelab.

“Semua orang di kelab mengharapkan agar Edin menempuhi masa depan yang lebih cerah di sana dan berterima kasih kepadanya kerana memberi persembahan terbaik di Manchester City.”

Dzeko menyertai City dari Wolfsburg pada tahun 2011 dan kontrak bersama Blues itu masih berbaki tiga musim.

Pemain 29 tahun itu mengharungi musim sukar tahun lalu, hanya membuat penampilan 12 aksi dalam liga skuad Manuel Pellegrini dan menjaringkan enam gol.

Edin Dzeko, Manchester City, Roma

Artikel Lain