suria

Messi, Ronaldo, Suarez Calon Akhir Anugerah Pemain Terbaik Eropah

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Luis Suarez  dalam senarai akhir bagi anugerah Pemain Terbaik Eropah.


Anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2011 ini diberi kepada pemain Eropah musim lalu dan diundi oleh wartawan-wartawan yang berada dalam 54 buah persatuan sukan UEFA.

Ronaldo memenangi anugerah ini tahun lalu, manakala Messi meraih trofi pertama 2011 dan Andres Iniesta membawa balik gelaran tersebut pada tahun 2012.

Bagi tahun 2013, Frank Ribery dipilih memenangi anugerah ini.

“Wartawan-wartawan dalam 54 persatuan UEFA  akan menyediakan lima pemain terbaik, dengan pilihan pertama mendapat lima mata, kedua empat mata dan seterusnya,” jelas satu kenyataan dalam laman web UEFA.

“Sepuluh pemain yang mencatat mata paling tinggi akan mara ke pusingan kedua, sebelum tiga nama akhir dipilih seperti hari ini”.

Sementara itu, Eden Hazard menjadi satu-satunya pemain Liga Perdana Inggeris, dari kelab Chelsea terpillih berada di tempat keenam.

Manakala Juventus merekodkan lima pemainnya berada dalam kelompok sepuluh terbaik iaitu Gianluigi Buffon (4), Andrea Pirlo (7), Arturo Vidal (8), Carlos Tevez  (9), Paul Pogba (10) dan pemain Barcelona Neyma di tempat kelima.

Pemenang bakal diumumkan pada 27 Ogos ini, bersama undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Artikel Lain