suria

Nishikori Mara Ke Final, Tumpaskan Cilic Kali Keenam

Kei Nishikori menewaskan Cilic untuk kali keenam untuk melayakkan diri ke final Terbuka Citi di Washington.

WASHINGTON: Kei Nishikori tampil penuh bersemangat apabila menewaskan Marin Cilic pada saingan separuh akhir kejohanan Terbuka Citi di Washington pada Sabtu.

Pertemuan pertama mereka sejak kali terakhir bertembung dalam perlawanan akhir Terbuka AS tahun lalu itu berkesudahan 3-6, 6-1, 6-4.

Pilihan kedua Nishikori mendahului pada set kedua, bagaimanapun dikejar pemain Croatia tetapi gagal mengetepikan warga Jepun itu.

Nishikori akan bertemu wakil Amerika Syarikat, John Isner pada final kejohanan itu.

Sebelum ini, Nishikori telah mengalahkan Cilic lima kali dalam lapan pertemuan tetapi dalam perlawanan terakhir mereka di Flu­shing Meadows September tahun lalu, pemain Croatia itu menang straight set 6-3, 6-3, 6-3 untuk memenangi kejohanan grand slam pertamanya.

Nishikori adalah pemain pertama dari Jepun yang berjaya ke final Grand Slam.

Dia kini merupakan pemain No. 5 dunia dengan rekod 41-9. Hanya Novak Djokovic (48-3) dan Andy Murray (48-8) mempunyai rekod kemenangan lebih baik daripadanya dalam Jelajah ATP 2015.– Reuters



Artikel Lain