suria

Spurs Bakal Umum Pemain Baharu Tidak Lama Lagi

Soldado (kiri) dan Adebayor dikatakan akan meninggalkan Spurs.

PENGURUS Mauricio Pochettino memberi gambaran bahawa Tottenham Hotspur akan mengumumkan beberapa pemain baharu yang akan menyertai kelab itu dalam tempoh beberapa hari lain.

Spurs telah membawa masuk tiga pemain pertahanan Kieran Trippier, Toby Alderweireld dan Kevin Wimmer pada musim panas ini.

Namun dengan Roberto Soldado dan Emmanuel Adebayor dijangka meninggalkan kelab tersebut, Harry Kane menjadi satu-satunya penyerang senior yang tinggal.

"Kami mempunyai sasaran, saya fikir dalam tempoh beberapa hari lagi mungkin sesuatu akan berlaku," kata Pochettino.

Spurs akan berkunjung ke Old Trafford pada Sabtu untuk berdepan Manchester United pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim baharu.

"Jangan risau mengenainya kerana kami mempunyai ramai pemain bagus yang boleh beraksi seperti penyerang.

"Kami perlu menjadi lebih kuat berbanding musim lalu kerana kami menjaringkan banyak gol tetapi pada masa sama membiarkan gawang kami turut dibolosi lawan.

"Jika pasukan kami kuat, mungkin jurang mata dengan empat pasukan teratas dapat dikurangkan," katanya.

Pochettino kini dilaporkan berminat untuk membawa masuk Timo Werner dari Stuttgart, Charlie Austin (QPR) dan pemain West Brom, Saido Berahino.

Tottenham Hotspur, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana

Artikel Lain