suria

Man United Dedah Nombor Jersi, Depay Sarung Jersi Nombor 7

PEMAIN baharu Manchester United, Memphis Depay diberi penghormatan menyarung jersi nombor 7 yang menjadi jersi ikon kepada kelab gergasi England berkenaan.

Dalam penyenaraian barisan pemain United mengikut nombor jersi bagi musim 2015-16, penyerang muda kelahiran Belanda itu diberi jersi nombor 7 selepas ia ditinggalkan Angel Di Maria yang dijual kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Jersi ikonik United itu sebelum ini pernah dipakai oleh lagenda seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Michael Owen.

Senarai penuh pemain yang akan mewakili United itu didedahkan pada Jumaat, menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Tottenham bertandang ke Old Trafford.

Bagaimanapun mengikut senarai tersebut, jersi nombor 9 yang dipakai oleh Radamel Falcao dan penyerang utama setiap kelab masih tidak dimiliki.

Berikutan itu wujud spekulasi bahawa seorang penyerang baharu bakal dibawa masuk bagi menajamkan serangan barisan bimbingan Louis van Gaal.

Depay ketika mewakili United buat kali pertama dalam siri jelajah ke Amerika Syarikat menyarung jersi nombor 9.

Selain itu, penjaga gol baru, Sergio Romero pula mengambil nombor yang ditinggalkan oleh Robin Van Persie iaitu 20.






Manchester United, Memphis Depay

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana

Artikel Berikut

Artikel Lain